.

Thursday, April 2, 2009

Program Pertukaran Pelajar APM-BFSU


Delegasi APM-BFSU merupakan sebuah program antara dua buah universiti iaitu
Universiti Malaya dan juga Beijing Foreign Studies University. “Satu Benua, Impian Bersama, Jalinan Dibina” merupakan tema yang akan memperkukuhkan ikatan ukhwah antara dua buah negara iaitu Malaysia dan China. Program Pertukaran Pelajar ke Beijing Foreign Studies University (BFSU) merupakan hasil perjanjian persefahaman Memorandum of Understanding (MOU) yang telah ditandatangani oleh pihak kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu dengan pihak Beijing Foreing Studies University (China). Tahun 2009 menjadi tahun kedua program ini dilaksanakan bagi mengeratkan lagi jalinan yang telah dibina pada tahun sebelumnya. Oleh itu, pada tahun ini seramai 38 orang pelajar yang berkreadibiliti daripada pelbagai jabatan telah dipilih untuk menjayakan program ini. Para pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan berada di BFSU selama 45 hari bermula dari tarikh 15 Mei 2009 sehingga 30 Jun 2009. Di sana nanti pelajar akan mempelajari Bahasa Mandarin yang asas, untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI ( ELO ELMIE)

Wednesday, April 1, 2009

Malam Tautan Kasih 2009

MALAM TAUTAN KASIH 2009

DEWAN SEMARAK APM UM

YURAN HANYA RM20

TEMA: BEBAS TETAPI SOPAN